clixsense

Khamis, 11 Januari 2018

Jaipur - Rajasthan

Jaipur juga dikenali sebagai Kota Pink, adalah ibukota dan bandar terbesar di negeri Rajasthan, Negara India.
Dibina pada 18 November 1727 oleh Maharaja Sawai Jai Singh II , penguasa Amber, bandar ini didiami 3.5 juta penduduk.

Gerbang ke kawasan 'Pink City'    
Melawat Jaipur seolah tidak cukup hanya untuk sehari dua sahaja, ini kerana Jaipur mempunyai begitu banyak kota kota peninggalan Kerajaan Rajput dan mahligai hebat milik pembesar yang digelar "Thakur"

Jaipur adalah bandaraya terancang di India, terletak di padang pasir Rajastan .Struktur Jaipur sangat menyerupai citarasa Rajput dan keluarga diraja. Ketika ini Jaipur merupakan pusat perniagaan utama yang memiliki ciri-ciri bandar metropolitan dengan Jalan raya lebar 34 m .

Terdapat kompleks istana yang luas, ( Hawa Mahal ), kebun bunga dan tasik kecil. Kubu Nahargarh merupakan kediaman Raja Sawai Jai Singh 11, balai Cerap, Taman Safari juga Jantar Mantar yang merupakan salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Jaipur popular kerana menjadi destinasi pelancongan di Rajasthan dan India.
                                    

Hawar Mahal dikatakan dibina khusus untuk puteri puteri raja, yang mana bangunan menyerupai sayap setinggi 5 tingkat itu menjadi tempat puteri raja melihat kegiatan masyarakat diluar Istana.
                                                               Di hadapan 'Hawa Mahal'
Walaupun keadaan Jaipur adalah berdebu dan habuk berterbangan kerajaan juga berusaha menyediakan tempat istirehat yang dijaga rapi seperti di bulatan Jawahar yang luas.


Taman di 'Jawahar Circle'
Melawat water Palace dalam perjalanan ke Kota Amber memberikan pemandangan Istana air yang dibina ditengah tasik, di tepi tasik banyak warga berjualan, isteri saya membeli sepasang kasut, apa yang menyentuh hati adalah pembantu juru jual kedai seorang kanak- kanak tidak bersekolah dan hanya berkaki ayam. Lazimnya seorang kanak- kanak di India yang bersekolah ia tidak ada masalah untuk bertutur dan faham bahasa Inggris. kanak kanak ini hanya tahu berbahasa Hindi, kasihan melihat isteri saya belikan kasut untuknya, dia sangat gembira dan menitis air mata.. 


Beli kasut depan water Palace
Melawat Kota Amber sangat mengagumkan, Istana kota yang besar di atas bukit, saya tidak larat untuk mendaki keatas hanya melihat halaman di bawah sahaja, apa yang menarik deretan gajah- gajah berbondong membawa pelancong ke atas.

Tasik di depan Kota Amber, menjadi nadi kepada sumber air untuk seluruh penghuni kota Amber yang teguh ini.

Di belakang gambar ada tembok yang digelar Tembok Besar India seumpama Great wall di China

 Gajah yang terdapat di jalanraya ke Kota Amber


 Burung merpati berterbangan di sekeliling halaman Kota Amber

 Untuk yang suka membeli belah seperti kain sari, Jaipur mempunyai rekaan sari yang tersendiri, cubalah ke kedai kedai kain berhadapan dengan Hawa Mahal, di Pink City ini banyak lagi tempat kunjungan seperti Monkey palace dan City Palace tetapi memerlukan tiket yang agak tinggi untuk pelawat dari negara luar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan