Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kepada Allah yang maha berkuasa, hanya dia yang dapat membalik hati manusia. Setelah hampir menyerah dan pasrah selepas harapan semakin pudar untuk melihat puteri kedua datang ke Kelantan akhirnya saya mendapat panggilan bahawa dia akan datang pada tanggal 26 Dis 2013. walaupun tidak begitu yakin tetapi pada tarikh tersebut terungkailah penantian 10 tahun dan leburlah kerinduan keluarga. Anak ini bersama neneknya menjejakkan kaki ke Tanah Serendah Sekebun Bunga dengan kehendak hatinya sendiri...
27 Dis 2013 Dalam perjalanan ke Pantai Irama, Bachok kami makan pagi di Tangok, selepas menikmati angin Laut Cina Selatan kami melihat pula tokong Buddha berdiri di tepi pantai Merabang dan juga Kg Balai, saya kira buat masa ini. tokong ini yang paling besar dan meriah di Kelantan dengan adanya upacara yang dihadiri oleh penganut Buddha dari seluruh pelusuk di tambah dengan monumen- monumen yang pelbagai dan unik. Mungkin inilah yang lebih menonjol dan boleh dicari oleh pelawat berbanding dengan slogan "Bachok Bandar pelancongan Islam".
28 Dis 2013 Melawat ke muzium Istiadat berhampiran Istana Balai Besar, di sini pelawat boleh melihat budaya, tamadun dan kegemilangan yang pernah dikecapi oleh kerajaan Kelantan dan yang terus kekal dan menjadi kebangaan adalah asal- usul matawang negara iaitu 'pohon pitis' dan juga adanya bank pitis yang pertama di negara kita. disini juga perlambangan ketinggian Al- Quran diterjemahkan melalui gerbangnya. Tepian sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja juga kami kunjungi.
30 Dis 2013 Kunjungan ke Rantau Panjang menjadi destinasi wajib kepada pelawat ke Kelantan, kami juga menyeberang ke pekan golok melalui perahu di pengkalan tangki air. Merasa juga memijak kaki ke negeri Siam tanpa menggunakan pasport. dalam perjalanan pulang, berhenti solat di masjid Beijing, sebuah masjid yang berseni ukir budaya cina, kagum dengan idea dan senirekanya, pun ia bukanlah memberi gambaran keagungan Islam sebaliknya ia lebih mengangkat seni bina daripada negara cina. Pada malamnya anak- anak meminta ke pasar borong Wakaf Che Yeh pula sebuah lagi produk tarikan yang mesti dilawati pada waktu malam.
31 Dis 2013 Makan tengahari di kuala Besut sambil membeli satar, otak- otak dan keropok losong, tapi kami lebih menggemari keropok lekor yang dihasilkan di Kg Pulau Belongan Bachok selain saiznya yang lebih besar ia juga lebih dipercayai dalam kelebihan adunan ikannya. Pada malam pula gerai menjual meggi ketam tersohor milik Nasmaidi Jaaih - bekas Kt pemuda UMNO Caw Hj wanik di Beris Kubur Besar menjadi tumpuan kami, berpatutan hanya rm60 untuk hidangan 3 orang makan dan umm.. sangat sedap, lokasi baru kepada mereka yang sampai ke Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan