Restoran JeligroAbe Mus. terletak di Baloh Jembal jalan Dato Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Untuk sampai ke sini, mulanya tercari - cari kerana belum ada papan tanda, restoran yang baru sahaja seminggu (Mac 2019) dirasmikan oleh Dato Bentara Menteri Besar Kelantan ini 100% menggunakan bahan dan tukang masak dari Thailand pendekatan ini boleh menjadi satu destinasi pilihan kepada penggemar masakan ala Thai, tidak perlu lagi menyeberang ke negara jiran.. jom kat sini saja.
Berada di depan restoran ini pasti anda akan terpegun dengan bangunannya yang seperti membawa kita ke kediaman pembesar Kelantan di zaman silam. Ada galeri kecil untuk lukisan dan artifak, mengikut kata cikgu Azman yang mengundang kami, galeri ini terbuka kepada awam untuk menyumbangkan karya atau bahan- bahan seni bagi dipamerkan seterusnya dilepaskan jika ada yang ingin membeli. di antara lukisan itu kita cepat dapat mengagak siapakah pemilik tempat ini kerana sebelumnya ia dikenali sebagai peminat dan pengikut Allahyarham Dato Bentara Nik Abdul Aziz kerana itu tidak ketinggalan lukisan tokoh tersebut turut dipamerkan.
Mengikut kata pengusaha restoran ini iaitu aktor Mustapha Kamal, pemilik rumah asal telah meninggal dunia dan anak anak tidak mahu tinggal di rumah ini, daripada terbiar dan diceroboh, Mustapha Kamal dengan beberapa orang rakannya membeli serta mengubahsuai hampir keseluruhan binaanya yang rosak dan tidak lengkap kecuali tiang tiang utama sahaja masih berkeadaan asal. Dikatakan lebih kurang RM600k dihabiskan untuk bangunan tradisional ini.
Mustapha Kamal mengalu alukan sokongan semua untuk kemajuan restorannya, dan jika bernasib baik Mustapha Kamal juga akan menjenguk serta makan bersama pelanggan disamping senang bersecerita tentang kegiatan seninya dengan ramah.
Kebetulan waktu kami sampai sudah ada orang menjadikan restoran ini sebagai lokasi photografi jadi bolehlah mencuba untuk berposing di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan