
Dari lapangan terbang saya menggunakan MRT ke hotel penginapan di Geylang. Pengangkutan awam ini sudah lama digunakan seingat saya sejak zaman 80an di mana orang orang kampung yang kerja sebagai buruh binaan ketika itu bercerita pasal keretapi pintar ini.
Satu sudut di depan kaunter hotel penginapan
Walaupun ada terdetik untuk melihat peninggalan Istana Kampung Gelam tetapi kerana ruang tidak mencukupi saya hanyalah berkunjung ke sekitar Marina Bay sahaja. Monumen yang wajib dikunjungi sejak sekian lama adalah Merlion (Mermaid + Lion).
Depan Esplanade Theatres (dewan mata lalat)
Jalanraya Singapura sebenarnya tidaklah sibuk sangat..
Membelakangi Marina Bay Sands Hotel
Sekali lagi saya tersentuh hati bilamana bergambar di depan patung Sir Stamford Raffles yang dikatakan orang pertama menemui Singapura. Tidak salah jika bersetuju bahawa Raffles adalah penjajah Inggris pertama sampai ke Singapura. Saya tertanya- tanya mengapa bukan Sang Nila Utama atau tokoh Nusantara yang lain perlu diangkat dalam perkaitan dengan permulaanTemasik ini. Inilah salah satu ketidaksukaan saya kepada negara ini.
Patung Stamford Raffles, berada di tempat pendaratan pertama beliau tepi sungai Singapura.
Menara Maybank mercu tanda yang membawa imej Malaysia.
Sebelum meninggalkan negara ini sekali lagi saya lihat sistem mereka adalah tegas terutama di Airport, penguatkuasa Singapura sudah di mind set dengan ketakutan dan ketidakpercayaan kepada manusia keegooan tidak dapat disembunyikan apalagi bagi warganegara yang dilihat tidak setanding dengan Singapura.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan