Ahli keluarga anak sulong dan cucu cucu berangkat melalui Terminal 2 KLIA dengan Air Asia terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau di Padang sementara saya, isteri dan anak lelaki ke Jakarta dan dijadual sampai ke Padang lewat tengahari.
Di Bukit Tinggi lawatan cukup memuaskan dan semua tempat- tempat yang saya tidak lawati pada kunjungan pertama dulu seperti Tasik Maninjau, Rumah Bung Hatta, Istana Pagar Ruyong, muzium Gadang, kilang tenunan kain dapat dilawati.
Suasana rumah kelahiran Bung Hatta di Bukit Tinggi
Muzium rumah Gadang
Istana Pagar Ruyong
Sekali bergambar kena bayar RP5000 di depan Istana Pagar Ruyong, banyak watak watak kartun.
Pemandangan di Tasik Maninjau
Terbang...... huhuu
Bersama cucu yang paling sporting di depan rumah tenunan
Lukisan yang menarik di hotel penginapan di Bukit Tinggi, Hotel Karisma
Ladang sayur dan padi yang terbentang
Makan dipinggir sawah padi yang segar di mata
Padi yang subur di bumi minang ini..
Bung Hatta yang dikagumi
Selepas berada 2 hari di Bukit Tinggi dan hari ketiga kami turun ke kota Padang, kami singgah juga di beberapa tempat seperti kilang pisang salai, melalui sahaja di persisiran air terjun anai - anai, setelah tiba di Kota Padang hari sudah senja, pantai manis tempat kapal Malim Kundang jadi batu yang dulunya saya singgah tapi kali ini tidak dapat dilawati dan pastinya Teluk Bayur dan kenangan kisah Siti Nurbaya juga saya terlepas lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan