

Keberangkatan ke Jakarta bukanlah untuk makan angin tapi atas jemputan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur dengan kerjasama Yellow Bee Sdn Bhd (Malaysia) dan PT Lebah Kuning (Indonesia). Pelaburan ini tidak saya lepaskan memandangkan prospek perkembangan dan peluangnya amat besar dan terjamin. Walaupun saya bukanlah pelabur yang besar tetapi saya bersyukur kerana dapat menjadi ikan bilis dikalangan jerung.. Insyallah sisa jerung akan sampai kepada ikan bilis, dan jika ini berterusan ikan bilis akan bersama jerung untuk menikmati peluang dan rezeki yang julung kali dibuka kepada pelabur Malaysia yang menjadi pihak eklusif dan banyak kelebihan berbanding pihak di Indonesia sendiri.
12 Januari 2014 seramai 16 orang rombongan dari Semenanjung dan 4 orang dari Sabah selamat sampai dan menginap di Hotel Amaris, mangga Dua Jakarta. Selepas makan malam kami masuk kebilik yang dikongsi dua orang sebilik.
Hari ke 2 kami di bawa ke pejabat PT Lebah Kuning di tingkat 45 menara AXA, menara ini dikawal rapi. kami mesti menyerahkan pasport dan mendapatkan kad kebenaran terlebih dahulu sebelum masuk ke lif yang telah diprogram ke tingkat masing- masing, bermakna kami terus ke tingkat yang ditentukan.

Di tingkat ini pemandangan kota metropolitan Jakarta dapat dilihat. Setelah diberi taklimat dan bersama CEO PT Lebah Kuning iaitu Ibu Risti Yuni Lestari yang juga ahli politik dan tersenarai di tangga ke 4 wanita terkaya di Indonesia yang sebaris dengan Martha Tilaar. Usahawan dan politikus muda ini begitu menarik dan mesra dengan sambutan "welcome to my country... macet... banyak manusia... dsbnya" yang paling mencuit hati kami adalah bila beliau mengatakan " Disini semua ada daripada sejadah hinggalah haram jadah" semua tertawa. Lebih meyakinkan bila beliau menyatakan kesukaran untuk memecahkan monopoli perniagaan oleh keluarga- keluarga tertentu terutamanya dalam kerajaan sendiri seperti 'Bakrie group' yang membolot banyak peluang di Indonesia. kami berada seharian di AXA Tower dan pulang ke Amaris hotel bila hari dah malam.

Hari ke 3 kami di bawa ke daerah Purwarkarta iaitu daerah CEO Lebah Kuning. Dalam perjalanan ke sana pemandangan sawah padi menjadi hiasan sepanjang jalan. Daerah ini di antara Jakarta dan Bandung yang mana kami difahamkan ia akan menjadi daerah perindustrian baru yang akan menjadi tumpuan karyawan. dalam perjalanan kami singgah untuk minum dan isi petrol bas. Purwarkarta yang digelar kota permata sedikit dingin daripada kota Jakarta, dalam pemerhatian itu saya perasan rupanya banyak juga pokok anggur dijadikan tanaman hiasan di depan rumah, ia membuktikan bahawa udara di sini nyaman dan agak sesuai dengan pokok tersebut.
Selepas melawat 4 lokasi terminal Pacpulsa yang terletak di empat kawasan yang berbeza keadaan dari berhampiran kilang, kawasan perumahan baru dan juga kawasan kampung, apa yang jelas semuanya berpenduduk padat. Ya kerana kepadatan penduduklah yang menjadi perhatian untuk saya mengambil peluang di sini. Peluang ini boleh juga dikongsi bersama rakan- rakan yang berminat sebagaimana penerangannya di sini .Kami makan tengahari dengan soto bersama nasi, ada juga kerepek dan belinjau sedap.. Pada malamnya pula kai dibawa ke restoran makanan Padang, macam- macam ada tapi yang mencuit hati saya adalah bila selesai makan untuk naik bas rupanya di sebelah restoran kami ada lagi kedai yang istimewa yang tentunya tidak dijumpai di Malaysia iaitu gerai yang menyediakan makanan gila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan