clixsense

Isnin, 22 April 2019

Kampung Perdamaian Banchulaborn Pattana 12

Catatan ini sepatutnya lebih awal di siapkan memandangkan masa sehari berada di sana adalah tidak cukup untuk mengenali dan memahami kehidupan bekas- bekas gerila Komunis Malaya terutama pemimpin besar mereka yang satu satunya masih hidup iaitu Abdullah CD, saya perlu membaca buku Rejimen Ke 10 Dan Kemerdekaan yang dikarang oleh isteri Abdullah CD sendiri iaitu Eng Ming Ching yang lebih dikenali dengan Suriani Abdullah bagi menambah pengetahuan berkaitan. Buku ini saya beli sewaktu di rumahnya sebagai sumbangan sesama insan ia buku tentang apa yang dipercayai sebagai perjuangan kaum tani diawal penubuhan Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan peranan Abdullah CD bersama parti Komunis Malaya khasnya dalam Rejimen ke 10, saya habiskan pembacaannya semasa menuruni tanah Batak menuju Kota Medan.
Bertolak sekitar jam 10 pagi selepas bersarapan di pekan Golok, perjalanan ke pekan Weng tidaklah jauh hanya setengah jam sahaja tetapi untuk ke Sukhirin dan perkampungan Perdamaian Banchulaborn mengambil masa lebih sejam kerana ia terletak jauh terpencil di dalam hutan berbukit bukau. Dua kali kami berhenti iaitu dipinggir jalan untuk membeli di pasar sehari dan juga berhenti untuk bergambar depan kem tentera yang terukir nama Banchulaborn Pattana 12

Sesampainya.. kami terus ke rumah Abdullah CD, Rumah yang sangat sederhana dengan kemudahan parabola, sangat tidak disangka tokoh yang pernah digeruni, terkenal serta menghabiskan 40 tahun sebagai gerila ini akhirnya menjadi rakyat biasa sebagaimana rakyat Thailand yang lain. Kampung ini adalah bekas kem tentera PKM yang terbesar didirikan selepas kejayaan perjalanan bersejarah PKM dari Temerloh ke Hala di Sempadan Thailand melalui hutan belantara yang memakan masa selama 1 tahun setengah. Nasib kami baik.. beliau ada di ruang tamu rumah, sosok tubuh yang masih cerdas, segar, sentiasa senyum walaupun nampak keletihan dalam usianya 96 tahun. Abdullah CD berada di ruang tamu rumahnya menonton televisyen RTM dan dikelilingi berbagai bahan bacaan. Saya difahamkan beliau selalu dikunjungi bukan sahaja oleh rakyat biasa tetapi turut dikunjungi oleh orang politik serta orang penting negara Malaysia.

                                     

Disebabkan tidak dapat bertutur dengan baik kesan diracun 2 kali semasa dalam hutan, penerangan ringkas tentang PKM dan peranan Abdullah CD diterangkan oleh pembantunya yang membahasakan diri sebagai Pok Kod yang berasal dari Pasir Puteh Kelantan, dia juga bekas anggota PKM dan tinggal di perkampungan ini bersama 500 orang penduduk yang semuanya adalah bekas anggota dan keluarga Parti Komunis Malaya. Pok Kod juga memberi laluan seluas - luas untuk bertanya, satu soalan yang menarik adalah kenapa anggota bekas PKM tidak meminta pengampunan dan pulang tinggal di Malaysia. Pok Kod dengan yakin menjawab bahawa mereka berada di jalan yang benar, mereka berjuang melawan penjajah dan bukan pengkhianat, hanya orang bersalah yang minta diampun sedangkan mereka tidak bersalah dan tidak perlu minta pengampunan.

Setelah kematian Suriani Abdullah beberapa tahun lalu, Abdullah CD dijaga oleh satu satunya anak perempuan bersama anak menantu yang berasal dari Indonesia yang bapanya turut bersama PKM selepas dihalau daripada kedutaan Indonesia di Singapura kerana menyokong idealogi komunis. Seorang lagi pemimpin besar PKM adalah Abu Samah yang berjiran dengan rumah Abdullah CD, Dalam pemerhatian saya Abu Samah banyak juga menghasilkan buku buku tentang PKM. Anak Abdullah CD yang lahir pada tahun 1956 pernah menjadi penyampai radio Suara Malaya di Yunan, China sebelum pembubaran PKM,

Selepas hampir sejam berbual- bual di rumah Abdullah CD kami minta diri untuk solat zohor. Kami solat di masjid yang terdapat di sini, selain masjid ada juga dewan terbuka serta muzium peringatan.

Di muzium Peringatan Reimen ke 10 ini terdapat banyak alatan kegunaan PKM di dalam hutan, risalah propaganda, surat perjanjian, peralatan kedoktoran, alat komunikasi berserta peralatan penggambaran juga cenderamata daripada pelbagai pihak salah satu yang sangat dikenali adalah cenderamata daripada Mat Sabu 

Lawatan kami berakhir hampir jam 3 petang dalam perjalanan pulang kami singgah bergambar di Taman Bunga yang dirancang sebagai taman bunga terbesar Selatan Thai.
Selepas berhenti makan serta singgah membeli di tepi jalan kami sampai di Immigresen Sungai Golok hampir maghrib


1 ulasan:

  1. adakah tuan abdullah cd masih hidup. rasa hendak berjumpa beliau mendalami kisah perjuangan beliau. boleh tuan hubungi saya 019-6369920

    BalasPadam