Delhi sudah dikenali sejak sebelum zaman Dinasti Hamba 1206- 1290 yang mengasaskan Kesultanan Delhi diikuti oleh Dinasti Khilji, Dinasti Tughluq, Dinasti Sayyid, Dinasti Lodi dan kemudian oleh Babur keturunan Genghiz Khan yang mengasaskan Dinasti Moghul pada 1526 sehingga 1857, ia menjadi Ibu negara pemerintahan kerajaan kerajaan tersebut di utara dan tengah benua kecil India. Delhi begitu banyak tempat yang boleh dilawati seperti India Gate, Qutub Minar, Jantar Mantar, Red Fort, Akshardam Temple, Lodhi Garden & Garden Of Five Sense. namun dalam pengembaraan ziarah saya Delhi hanyalah menjadi bandar transit untuk ke bandar bandar lain di India. kami memilih sebuah hotel di Main Bazar sebagai tempat penginapan.
Main Bazar terletak di bahagian Delhi baru atau New Delhi. Disini pelbagai barangan ada di jual dari cenderamata, alatan muzik tradisi. pakaian. buah buahan, makanan mentah, restoran, kain sari dan sebagainya. Main Bazar menjadi tumpuan pelancong pelbagai negara disebabkan itu banyak premis Money changer dan bank di kawasan ini.
Berada di Main Bazar bagi yang beragama Islam adalah sedikit meragukan untuk mencari makanan halal oleh itu saya ke kawasan Masjid Jamek di jalan Chadni Chowk menggunakan Tut tut dengan tambang 80- 100 rupee tempat ini berada di bahagian lama Delhi atau Old Delhi di sini kedai makan boleh dikatakan semuanya halal, disini juga mudah untuk membeli pakaian muslim kurta pesanan rakan dan keluarga.
Buah kiwi yang murah di sekitar Masjid Jame'
perniagaan yang rancak di tepi masjid jame'
Ramai pelancong dan pelawat di sekitar masjid
Ruang solat di saf depan dengan marmar yang cantik
Ruangan ini juga adalah dewan solat pada hari hari besar Islam dan solat jumaat.
Masjid Jamek ini adalah peninggalan Maharaja Shah Jehan, apa yang menarik tentang masjid ini adalah ia menjadi masjid terbesar dan utama di India, dikatakan juga masjid ini menyimpan rambut Nabi saw, sewaktu siapnya masjid ini Maharaja Shah Jehan mengirim utusan kepada kerajaan Bukhara untuk menjemput seorang Imam yang bertugas di masjid ini, calon itu hendaklah dari keturunan nabi saw disebelah ayah dan ibu. Sehingga kini Imam utama masjid tersebut adalah Syed Ahmed Bukhari sesuai dengan polisi masjid yang mensyaratkan Imam masjid ini mesti dari keturunan Iman yang pertama. Sangat besar sumbangan Maharaja Shah Jahan kepada minoriti Islam di Delhi jika bukan atas sumbangan beliau dan Kesultanan delhi di zaman silam mungkin Islam di India tidak dihormati seperti hari ini sedangkan agama Hindu / Bahai di sokong oleh kerajaan sebagaimana dibangunkan kuil yang moden dan terkenal seperti Lotus Temple. Eloklah sebagai umat Islam disedekahkan Al- Fatihah untuk Maharaja Shah Jehan dan pemerintah Islam lampau.
Main Bazar
Seperti yang umum mengetahui orang India adalah penggemar sirih dan tidak pelik dimerata tempat kesan air sirih dan ludah terdapat di merata- rata tempat, tidak seperti yang dipaparkan dalam filem filem Hindi sebenarnya keadaan jalan raya dan sekitar pasar terdapat sampah sarap yang dibuang merata- rata, gelandangan di sana sini, kencing merata di tepi tepi dinding adalah pemandangan biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan