clixsense

Ahad, 19 Mei 2019

JEPUN


TOKYO

Tidak sebagaimana trip ke India dulu, untuk ke Jepun saya tidak banyak membuat carian di Internet kerana percaya Jepun adalah negara moden dan mesra pelancong, jadi bila sampai ke negara matahari terbit itu nanti barulah search tempat yang akan di tuju. Saya dan isteri telah menempah tiket penerbangan tetapi rakan isteri yang juga rakan saya tahu program kami dia juga ingin bersama ke Jepun, oleh kerana mereka meragui trip ini, saya diminta mengatur perjalanan di Jepun dengan terperinci.. walaupun tidak berapa selesa dengan permintaan rakan terpaksa juga saya kena buat sedikit tentatif dan tempahan dalam talian untuk beberapa tempat yang akan dikujungi.
                         
Pemandangan sebelum mendarat, Tokyo dan semua bandar di Jepun tidak memmpunyai bangunan pencakar langit sebagaimana Malaysia

Penerbagan Air Asia X D7 dari KLIA2 tiba di Lapagan Terbag Antarabagsa Haneda, Tokyo pada jam 10:30 malam waktu tempatan, belum berpengalaman dan sampai pula waktu malam, kami memilih meggunakan teksi untuk ke tempat penginapan yang telah ditempah melalui Booking.com iaitu Hotel Meigetsu yag terletak di Minami Senju, Arakawa City, kerana jarak dari lapangan terbang ke hotel dalam 6 km tambahan pula menggunakan teksi bermeter, tambang adalah sebanyak lebih 13,000 yen lebih kurang RM500, satu jumlah yang besar. Selepas sampai di hotel, yang mana hotel ini lebih meyerupai homestay walaupun diberikan bilik masing masing tetapi tandas, kitchen juga kamar madi adalah di luar bilik tetapi selesa dan lengkap, juga disediaka mesin basuh serta ada vending machine untuk membeli minuman.

Parking kereta sebelah penginapan kami, 

Hari kedua, hujan turun walaupun tidak lebat tetapi menyukarkan kami utuk ke stesen rel berdekatan, biarpun sudah dinasihatkan agar menggunakan bas atau tren sebagai pengangkutan tetapi memandangkan cuaca dan masa sekali lagi kami mengguaka teksi untuk ke Shinjuku iaitu di mana pejabat agen pelancongan tempatan yang telah kami tempah utuk melawat sekitar gunug Fuji dan kawasan sekitar kali ini tambang teksi adalah 4000 yen lebih kurang RM150, okeylah utuk 4 orang daripada kami terlepas trip ke Fuji yang ditempah dalam internet bernilai hampir RM900 utuk 4 pack. Antara check point yang dibawa sekitar gunug Fuji adalah.Kawaguchiko Onsen, Fuji Temple, juga Gotemba Outlet walaupun musim sakura sudah dipenghujung tetapi ada kawasan yang masih banyak bunga sakura seperti di kuil lama agama shinto yag kami berhenti, berkebetulan hari itu adalah hari pertabalan Maharaja Jepun yang baru jadi di kuil ini ada ritual dilakukan.



bunga sakura


hari hujan,,mendung sepanjang hari.. Fujiyama menyorok

ikan kap di kolam sangat jernih.. kat sini banyak syiling dicampak konon untuk meminta hajat

Hari seterusnya, kami sudah mula menggunakan tren untuk ke Shibuya melihat persimpangan yang tersibuk di dunia, saya cuba mencari patung Hachiko yang dikagumi kerana kesetiaannya tetapi tidak nampak, mungkin disudut lain dipersimpangan itu. Selepas itu kami ke Minato melihat Jambatan Pelangi dan menghabiskan masa disekitar kawasan Odaiba


Shibuya yang tersibuk di dunia dengan pejalan kaki 


Odaiba

Hari ke 4 check out kami keluar ke stesyen rel Minami Senju cadangan awal adalah untuk meletak bagasi dan selepas itu terus melawat tempat lain, tetapi loker penyimpanan sentiasa penuh menyebabkan kami berjalan jalan disekitar Stesen Shijuku ini, solat serta makan makanan yang kami bawa dari Malaysia di perkarangan stesyen, gelagat kami agak menarik perhatian tetapi tiada gangguan, masyarakat di sini cukup terbuka serta menghormati.




KYOTO

Kami ke Kyoto menggunakan bas yang tiketnya juga saya telah tempah melalui internet dengan harga agak murah berbanding menggunakan keretapi peluru (Shinkansen) yang berharga lebih RM400  seorang. Walaupun memakan masa 7 jam berbanding 2 jam jika menggunakan Shinkansen tetapi dengan bermalam dalam bas kami sudah jimatkan satu malam untuk bajet penginapan di Kyoto.


Stesen Kyoto yang juga seperti lain lain stesen bersepadu di Jepun, tetapi stesen ini lebih besar juga baru berbanding stesen di Tokyo, bangunan di hadapan stesen ialah menara Kyoto, cukup menyerlahkan identiti moden bandar ini.. menara Kyoto juga dijadikan hotel. Setelah bertanya arah nak dituju, kami naik bas ke tempat penginapan. Bas di sini mengenakan tambang tetap 130yen untuk sekali naik tak kira ke mana dan berapa jauh jarak, bas moden dan penumpang hanya perlu masukkan duit ke dalam mesin yang disediakan bersebelahan pemandu apabila hendak turun dari bas. Kami ke stesen Daitokuji Temple untuk ke International Guest House Tani.


Tak berapa selesa tinggal di rumah tamu ini berbanding di Tokyo disebabkan rumah tamu ini terlalu padat tambahan pula pemilik mempunyai barang peribadi yang banyak di dalam bilik menjadikan kita rimas dan tersepit seperti dalam tin sardin, nasib baik hanya semalaman, kami mandi dan bersiap untuk meneroka Kyoto tiada rehat, huhuu.




Kyoto adalah sebuah bandar romantik dan bagi saya tanpa ke kyoto kita tentu kehilangan satu versi Jepun dari zaman feudalnya, kerana itu saya memasukkan jadul tinggal di Kyoto. Biasanya orang yang melawat Kyoto akan berada di Osaka sahaja memandangkan dari sana hanya mengambil masa sejam untuk ke Kyoto. tempat yang mula mula kami kunjungi adalah Arashiyama yang terkenal dengan kebun buluhnya. untuk sampai ke sini kami naik bas ke stesen keretapi Kitaohakubaicho keretapi bentuk klasik ini menukar kepala di stesen Kitabiranotsuji, kita perlu turun dan naik keretapi lagi sekali ke Arashiyama, di Arashiyama sebenarnya tidak cukup untuk lawatan sehari sahaja, di sini terdapat pelbagai tempat lawatan seperti Sagano,Jambatan Togeksukyo, juga kuil Teryuji yang mana kawasanya sangat luas dan memenatkan namun di sini kita akan dibawa ke zaman silam dengan pemandangan rumah, landskap dan anak anak muda berpakaian yukata atau kimono di sana sini, anda bolehlah bergambar dengan mereka jika mahu.



 

Malamnya kami ronda bandar Kyoto, mengunjungi pasar Nishiki disini saya cadangkan anda belilah cenderamata atau T- Shirt kerana harganya lebih murah berbanding bandar- bandar lain. kami pulang malam dan hampir terlepas bas, serta keliru dengan laluan ke tempat penginapan kami kami terpaksa naik teksi ke stesen bas nasib baik sempat naik bas akhir.


Hari kedua di Kyoto kami pusing bandar lagi dan petangnya kami ke Golden Temple iaitu kuil maharaja yang terkenal dan dikatakan antara tempat yang wajib dikunjungi jika ke Kyoto. Benarlah hanya di Kyoto kita boleh lihat remaja masih memakai kimono dan berjalan jalan dibandar Kyoto.. sungguh asyik.

 


OSAKA



Kami ke Osaka menggunakan tren antara bandar, sungguh selesa hinggakan terlepas untuk berhenti di stesen Osaka hingga jauh ke stesen lain, terpaksa berhenti dan berpatah balik tetapi sekali lagi train yang kami naik tidak melalui Stesen Osaka, pantas kami turun di stesen berhampiran Osaka tapi kami bernasib baik kerana stesen itu sebenarnya lebih hampir dengan tempat tinggal kami iaitu Di Grandounce Shinkitano, orang Jepun amat peramah dan mereka mudah serta bersungguh - sungguh untuk membantu akhirnya kami sampai ke apartmen, saya kira inilah apartmen terbaik dan saya tidak teragak -agak mencadangkan kepada sesiapa yang hendak ke Osaka ianya murah hanya RM900 untuk 4 hari 3 malam ia lengkap, moden serta selamat dan apartment kami itu untuk empat orang. bilik air, kitchen serta kelengkapan seperti hotel berbintang sangat berbaloi.




Di Osaka sudah tentu tempat utama adalah Himeiji Castle. iaitu Istana kediaman Shogun yang memerintah Osaka ia menjadi ikon dan mercu tanda bagi Osaka, kami ke sini dengan tren dari Stesen Osaka atau dipenggil stesen Umeda, di halaman istana Himeji diadakan persembahan dan juga bergambar dengan kostum samurai semuanya adalah percuma dan pelancong juga boleh naik ke Istana dengan bayaran tertentu tapi kami cukup bergambar di bawah sahaja. di kawasan ini juga ada muzium serta Shirotopia memorial park.


                                                                        Dalam tren

Terlepas peluang melihat pasar basah di Tokyo di Osaka kami ke Korumon Ichiba di sini anda akan terpegun dengan makanan laut serta sushi, ada juga buah buahan tetapi yang paling menarik perhatian adalah kaki ketam yang besar dan berisi putih bersih. sebesar lengan setiap satu kakinya betul betul besar dan segar.



 
                                                           Pasar koramon Ichiba

Naik tren lagi ke Osaka Akuarium, mahal juga tiket masuk. dalam rm150 utuk dewasa, kami sepakat untuk tidak masuk dan selamatkan bajet jadi kami hanya berada di luar dan boleh lihat acara yang diadakan diluar aquarium ada juga kedai cenderamata serta ambil angin di tamannya denga bungaan berwarna warni.

 

Malamnya kami bersahur dan masak di apartment, paginya kami ke bandar Stesen Osaka berjalan ke Namba Walk dan kawasan sekitar dan tengah hari kami mengambil tren ke Kobe. 



KOBE

Perjalanan ke Kobe adalah dalam masa sejam, tujuan kami adalah untuk berbuka puasa di masjidnya yang bersejarah. kami sampai waktu asar dan sempat berjemaah dengan masyarakat di Kobe, selepas solat kami kira untuk terus pulang ke osaka tetapi imam masjid meminta kami untuk solat maghrib dan berbuka puasa bersama mereka, dia beri jaminan bahawa kami tidak akan terlepas tren kerana operasi hingga jam 12 malam. imam masjid menyarankan kami berehat di masjid serta boleh berjalan jalan dahulu sebelum waktu berbuka puasa. Waktu berbuka adalah 6.49 waktu tempatan atau 5.49 petang waktu Malaysia.



Berbuka puasa dengan minuman dan buah- buahan, selepas solat maghrib kami di beri makan roti nan bersama nasi arab serta gulai kambing, penuh masjid Kobe dengan orang Islam yang hendak berbuka puasa mereka dari pelbagai negara, berkat bulan ramadhan makanan mencukupi dan kami makan sampai kenyang, jamuan itu diadakan hingga semua orang di masjid dapat makan, ruang makan penuh dan dua kali dihidang, Alhamdulillah semoga bertambah rezeki orang yang menyedia makanan.

Check out apartmet adalah jam 11.00 pagi, lewat daripada di Tokyo jam 10.00 pagi dan Kyoto jam 10.30pagi. Kami ke stesen Osaka dengan bas, setelah bertanya kepada pegawai tiket kami naik traik untuk ke Kansai International Airport, disebabkan menyangka tren terus ke airport akhirya kami dibawa ke stese akhir di pedalaman, terpaksa kami patah balik dan berhenti di stesen Hineno sebelum sekali lagi ambil train ke kansai. Disebabkan kami punya waktu lama jadi tak jadi masalah, kami sampai hampir selepas asar, kami cari sudut sesuai, ambil wuduk solat asar dan menuggu waktu berbuka puasa.


9:00 malam kami masuk ke pesawat, meninggalkan negara paling maju di dunia tetapi masih menjaga adat tradisi juga sikap terpuji rakyatnya.. negara bersih, menghormati alam dan manusia.. terlintas juga inilah sebahagian amalan yang sepatutya menjadi pegangan orang Islam tetapi nampaknya ia berjaya diamalka oleh orang Jepun.. 
 
                                               haitt Sayonara Arigato Kozaimas. Tamat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan