Taman Botani Kepong dibangunkan sebagai pusat koleksi tumbuhan hidup terutamanya untuk tumbuhan Malaysia. Taman ini akan mewujudkan peluang-peluang penyelidikan dalam bidang botani, hortikultur, landskap, dan lain-lain bidang yang berkaitan. Tumbuh-tumbuhan dari hutan akan dikumpulkan secara sistematik dan ditanam di taman ini untuk paparan serta sebagai pusat pemuliharaan ex-situ. Hortikultur dan pendidikan landskap, penyelidikan dan pembangunan itulah Forest Research Institute Malaysia atau FRIM di mana rakan yang baru pulang mengerjakan ibadat haji mengadakan kenduri kesyukuran.
Hajjah Roslina Mustapa dan suaminya En Adam seorang pegawai kanan MTDC mengundang rakan dan saudara mara, saya berangkat dari Kota Bharu selepas berakhir konvensyen parti. Di KLIA 2 saya dijemput oleh seorang rakan bersama isterinya dan bermalam di rumah mereka di Kajang.Keesokan hari kami ke FRIM, dengan suasana kehijauan yang menyegarkan dilindungi pokok -pokok gergasi majlis Hajjah Roslina disediakan dua khemah Arabian dengan pelbagai sajian enak, kehadiran kami disambut baik dan mesra. Di sini buat kesekian kalinya rakan - rakan Sekolah Menengah Jelawat tahun 1991 yang tinggal berhampiran bertemu lagi, antara rakan yang berkelapangan dan hadir adalah Amin, Azliwati, Tan Li Khin, Aniez, Sukri, Maliza bersama anak- anak dan pasangan mereka.
Antara kami sudah tidak ada rasa kekok, perbualan dan perbincangan sangat terbuka dan hilai tawa memenuhi ruang, sehingga tidak sedar hari petang dan hujan lebat turun, dalam rintik hujan kami berpisah dengan haluan sendiri dan saya bersama Amin, Azliwati akan berjumpa dengan Din (poken) pula di tempat kenduri bubur Assyura di Balakong pula.
Sebelah malam selepas menikmati mee celup istimewa saya minta dihantar ke KLIA 2, saya memilih berada di Airport untuk penerbangan pertama keesokan hari ini kerana untuk kelancaran dan meluangkan masa membaca buku yang diberi oleh Amin dan Isteri, kebetulan buku ini sudah lama saya cari. Terima kasih rakan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan