clixsense

Rabu, 13 Disember 2017

Padang - Pariaman 2

Sekali lagi ke Sumatera Barat, kali ini bersama keluarga pula, pada mulanya hendak batalkan saja rancangan melawat ke Padang disebabkan masalah tiket oleh agen Airpaz yang sudah dua kali memberi masaalah, dimasa hadapan saya akan berhati hati dan tidak akan mendahulukan agen tempahan tiket ini lagi. Setelah tiket diambil semula oleh anak menantu akhirnya tiket ke Padang dapat ditempah tetapi melalui transit dari lapangan Sukarno- Hatta di Jakarta dengan pesawat tambang murah Lion Air.

Ahli keluarga anak sulong dan cucu cucu berangkat melalui Terminal 2 KLIA dengan Air Asia terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau di Padang sementara saya, isteri dan anak lelaki ke Jakarta dan dijadual sampai ke Padang lewat tengahari.


Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau kami disambut oleh anak menantu dan cucu- cucu yang menunggu seharian di kota Padang bermakna kami semua telah terlepas jadual lawatan untuk hari pertama, kami terus dibawa ke rumah makan kemudian ke Bukit Tinggi.

Di Bukit Tinggi lawatan cukup memuaskan dan semua tempat- tempat yang saya tidak lawati pada kunjungan pertama dulu seperti Tasik Maninjau, Rumah Bung Hatta, Istana Pagar Ruyong, muzium Gadang, kilang tenunan kain dapat dilawati.

Suasana rumah kelahiran Bung Hatta di Bukit Tinggi

Muzium rumah Gadang

Istana Pagar Ruyong

Sekali bergambar kena bayar RP5000 di depan Istana Pagar Ruyong, banyak watak watak kartun.

Pemandangan di Tasik Maninjau

Image may contain: 3 people, outdoor
Terbang...... huhuu

Bersama cucu yang paling sporting di depan rumah tenunan

Lukisan yang menarik di hotel penginapan di Bukit Tinggi, Hotel Karisma

Ladang sayur dan padi yang terbentang

Makan dipinggir sawah padi yang segar di mata

Padi yang subur di bumi minang ini..

Bung Hatta yang dikagumi

Selepas berada 2 hari di Bukit Tinggi dan hari ketiga kami turun ke kota Padang, kami singgah juga di beberapa tempat seperti kilang pisang salai, melalui sahaja di persisiran air terjun anai - anai, setelah tiba di Kota Padang hari sudah senja, pantai manis tempat kapal Malim Kundang jadi batu yang dulunya saya singgah tapi kali ini tidak dapat dilawati dan pastinya Teluk Bayur dan kenangan kisah Siti Nurbaya juga saya terlepas lagi.



Ahad, 22 Januari 2017

Bukit Hanyut dalam kenangan


Catatan kali ini bolehlah dikatakan satu catatan ringkas tentang satu masa dulu di musim bah bulan disember, walaupun dikatakan bah membawa kesusahan kepada sesetengah orang yang berada dilaluan air, penulis juga akui kerana pernah turut alami suasana berpindah di musim bah. Tetapi tidak keterlaluan jika dikatakan musim inilah yang ditunggu - tunggu oleh kami di kampung, musim cuti panjang akhir tahun persekolahan. Kebiasaannya kami di kampung tahu bilakah air bah yang ditunggu tunggu akan memberi keseronokan, iaitu pada gelombang ke tiga hujan lebat. Orang- orang kampung sudah membuat persediaan awal. Yang perlu berpindah sudah bersiap barangan untuk ke rumah sanak saudara. Waktu itu orang orang kampung kami tidak pernah membayangkan apa yang berlaku seperti pada hari ini. Kami tidak kenal JPAM, kami hanya tahu  BOMBA adalah untuk melawan kebakaran, Kami tidak sedar adanya agensi seperti JKM, kami tidak faham mengapa PDRM dan tentera juga terlibat dalam situasi banjir. Maka pada waktu itu kami tidak nampak perlunya segala jentera Kerajaan berkhidmat untuk orang yang terlibat dengan banjir atau bah.
Kampung Bukit Temalong terletak di kaki bukit sementara Bukit Hanyut pula terletak lebih ke kawasan sawah padi dan ladang getah. Kampung Bukit Hanyut inilah menjadi tempat pesta air bagi kami, kawasan- kawasan lain sekitar daerah Gunong juga merasai perkara yang sama. Aktiviti memasang taut, memukat ikan darat dan memungut belalang sangat dinanti oleh semua. Bila hujan melimpahi jalan- jalan bagaikan pesta. Kami anak anak sudah boleh menebang buluh di bukit membuat rakit, kadangkala seharian menyediakan rakit seorang sebuah untuk digunakan. Walaupun tidak ramai ibu bapa yang membebaskan anak- anak mereka untuk menikmati suasana air bah dan seronoknya mendayung rakit ke tengah lautan air bah, tapi masih ramai yang bersyukur kerana menjadi anak yang tidak dimanjakan dan bebas beraktiviti musim itu.
Setelah puluhan tahun bah sebegitu tidak dirasai akhirnya 20 Januari 2017 ia datang dan menyamai apa yang berlaku dulu, selepas sistem perparitan projek Kemasin - Semerak berjaya menghalang banjir tiada lagi pesta air, tapi kali ini bah yang menjadi kenangan akhirnya dapat dirasai, cuma kali ini air bahnya tidak bertahan lama, bila hujan berhenti air pun surut.