Kali ke 2 ke Korea selepas kali pertama pada 2012 Ini kisahnya sila klik
Dulu saya ke sini kerana memenuhi hasrat anak saya yang hidupnya sepi selepas kegagalan rumahtangga saya. Kini saya datang lagi selepas episod yang pahit berlalu..
Kali ke 2 ke Korea selepas kali pertama pada 2012 Ini kisahnya sila klik
Dulu saya ke sini kerana memenuhi hasrat anak saya yang hidupnya sepi selepas kegagalan rumahtangga saya. Kini saya datang lagi selepas episod yang pahit berlalu..
Dulunya saya begitu teruja untuk melihat negara Aceh Darussalam yang merdeka namun setelah menjejak kaki dan mendengar penerangan serta cerita sebenar Aceh sebelum banjir besar. Saya bersyukur kerana tuhan menunjukkan jalan yang terbaik untuk Aceh dan rakyatnya. Kekejaman perang dengan RI dan keperitan hidup di zaman aktiviti GAM tidak memberi kebaikan kepada semua.
Kunjungan saya ke Aceh bersama rombongan selama 5 hari bermula dengan minum pagi di Warkop (warung kopi) yang sememannya terkenal dengan minuman kopi Aceh.Boleh dikatakan kami hanya melawat kawasan- kawasan kesan Tsunami, seperti Muzium Tsunami, Kapal Mancing Aceh Atas Rumah Lampulo, PLTD Apung, Rumoh Aceh, Pantai di Lampuuk Lhoknga, Kuburan masal Siron, Masjid Rahmatullah Kampong Lampuuk, kubah masjid di sawah padi Gampung Gurah dan banyak lagi tempat yang sebenarnya sangat menarik dengan cerita. Kita akan ditemukan keajaiban, cerita pelik serta kesan kesan yang kadangkala sukar diterima akal biasa, namun itulah yang terjadi di Aceh.
"Ulee Lheue di Kota Raja, boleh tak boleh jalan sahaja,, Ulee Lheue di Kota Raja suka tak suka ikut sahaja"
Sudah banyak blog yang berkisahkan pelancongan di selatan Thailand. Beberapa hari lalu buat kesekian kalinya saya berkunjung lagi ke wilayah orang Melayu itu. tapi dalam tulisan ini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang Patani yang dekat dengan bangsa dan agama saya.
Selepas sahaja melepasi pekan Sungai Golok kita akan bersedia untuk memasuki ke zaman saya kira dalam usia saya kini 50an saya kembali ke zaman kanak- kanak yang mana pada zaman itu persis begitulah suasana perkampungan, budaya dan pertuturan di Kelantan. Kita pejamkan mata lupakan waktu ini lihatlah kita masyarakat Melayu 70an dan 80an dulu. Patani berada dibelakang lebih 40 tahun. Patani secara umumnya adalah lebih dekat dengan Kelantan manakala di sebelah barat ia adalah suasana dan budaya Kedah.Kerajaan Patani di masa lalu adalah lebih moden daripada semua negeri di Tanah Melayu.
Semenanjung Tanah Melayu harus rasa bersyukur kerana adanya benteng yang menyekat Siam daripada mara ke seluruh semenanjung. Patani berjaya dalam waktu yang lama dengan memainkan peranan sebagai benteng hinggalah ia sendiri akhirnya terpaksa dikorbankan kedaulatan demi menyelamatkan negeri negeri tanah Melayu yang lain khasnya Kedah, Perlis dan Kelantan- Trengganu.
Patani juga antara negeri negeri Melayu yang menghantar bunga emas dan perak kepada Siam setiap 3 tahun seperti mana yang dilakukan oleh Kelantan, Terengganu dan Kedah ini diceritakan sekali lagi oleh keluarga Istana Sultan Patani di Jambu. Istana Jambu adalah Istana kerabat Tengku Anis iaitu Raja Perempuan Kelantan yang kini adalah bonda Sultan Kelantan. Sultan Muhammad 5. Istana Jambu dibina pada 1896 dengan elemen Itali, Melayu dan Jawa.. bayangkan waktu itu megah dan kuatnya ekonomi pembesar Patani.
Saya katakan kita kembali ke suasana Tanah Melayu khususnya Kelantan dengan dialek lama yang sudah jarang dan ada yang telah pupus di dalam masyarakat Kelantan namun ia masih dituturkan di Selatan Thai, perkataan Melayu yang dulu orang orang tua kita turut gunakan dalam percakapan harian.
Penggunaan kerbau dalam membajak sawah serta kerja- kerja gotong royong seperti menyemai, memotong dan memukul padi di sawah masih diamalkan. Dan jika kita lihat keadaan kebun kelapa, buah buahan ia pantas mengingatkan kita akan suasana itu yang hanya mungkin dapat dilihat di dalam foto foto lama famili dan rakan rakan sekampung. Begitu juga penggunaan perigi dan bilik air diluar rumah yang kini sudah sangat sukar di lihat di Malaysia.
Apabila melihat masjid Gresik saya akan terbayang pembunuhan orang Islam didalamnya oleh tentera Thai dan juga tragedi bergelimpangan anak muda Melayu di Sungai golok diikat tangan tanpa baju dicampak ke dalam trak dan selepas itu nasib mereka tidak tahu lagi. Masjid Wadi Hussin yang sezaman dengan masjid kampung laut Kelantan yang dibina tanpa paku pula seolah menanti masa untuk rosak satu demi satu binaannya tanpa pemuliharaan yang cermat dan teratur.
Kesimpulannya, melawat wilayah selatan Thailand adalah pengembaraan menyusur semula sejarah, kehidupan dan semangat kental bangsa Melayu yang masih boleh dilihat di Patani.
Hari raya korban ini menjadi hari yang paling bermakna dalam hidup saya. Terima kasih kepada kakak saya yang mempelawa anak saudaranya menyambut hari raya di Kelantan, kakak juga turut membeli tiket kapalterbang kepadanya. Kehadiran juga turut disertai oleh nenek dan nenek saudaranya yang juga ingin merasai suasana hari raya di Semenanjung.
Puteri Safilayya bersama neneknya di ambil di KLIA oleh Puteri Salsabila yang kemudian memandu terus ke Kelantan. Dalam perjalanan anak saya tanyakan buah durian, teringin nak makan. Setelah meredah kesesakan di perjalanan akhirnya mereka sampai jam 10 malam. Dan saya bersetuju agar mereka semua tinggal dirumah kakak sepertimana permintaan kakak.
Dari Imigresen Malaysia di Rantau Panjang, kami menyeberangi sungai golok ke stesen keretapi yang letaknya berdekatan sahaja, selepas makan dan membuat tukaran wang kami naik ke keretapi. Sudah menjadi perkara biasa gerabak dari Sungai Golok ke Hatyai di kawal oleh polis dan tentera di dalam gerabak untuk mengawasi keselamatan kerana berada di wilayah selatan yang bergolak.
18 jam berkeretapi akhirnya sampai ke bandar diraja Hua Hin. Bandar yang menjadi destinasi baru pelancongan di Thailand.
Di Hua Hin banyak taman tema seperti bertema Swiszerland, Morroco, Santorini dan yang ini antara yang menarik bertemakan Venice.. selepas co19 masih lenggang.
Bila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa luang Prabang, saya mula rasa kasihan kepada bandar dan negara ini. Berpuluh tahun di belakang negara membangun lain, lapangan terbang yang sangat kecil lebih kecil daripada lapangan terbang mana mana destinasi utama domestik di Malaysia. Luang Prabang seperti bandar yang tidak lagi dipedulikan oleh pemerintah mereka sedangkan di sinilah ibu negara Laos yang asal sebelum berpindah ke Vientiane.