clixsense

Selasa, 16 Disember 2025

Kepulauan Riau


Pada mulanya agen yang akan membawa kami keberatan untuk turut memasukkan Pulau Bintan dan Penyengat untuk dikunjungi, mereka hanya mencadangkan Pulau Batam sahaja. Saya dan beberapa orang peserta sudah tidak berminat dan agen bersetuju  untuk turut memasukkan Pulau Bintan tetapi saya berkata kalau tidak ke Penyengat maka tiada makna mengunjungi kepulauan Riau. Akhirnya semua bersetuju untuk turut memasukkan Pulau Penyengat ke dalam Intenari lawatan. Alhamdulillah.

Dermaga ke Pulau Penyengat

Kami bertolak dari KB jam 2.00ptg dengan Air Asia ke Senai Johor, bermalam di Berjaya Hotel, sampai JB pukul 3.00pm,  dari Senai ke JB dalam 30minit, hari dah petang masing- masing kena cari makan sendiri kerana pihak Morza Travel hanya sediakan penginapan sahaja pada hari pertama. Tempat makan yang saya mengalas perut adalah restoran berhadapan dengan Masjid Stulang Laut.

Kesesokannya sarapan di Hotel Berjaya dan kemudian ke jeti yang terletak di tingkat 2 hotel, Hotel ini bersambung dengan Jeti Feri. Dari Jeti Stulang Laut ke Tanjung Pinang mengambil masa 3 jam maka aktiviti utama dalam feri adalah tidur... zzz 

Sampai di Tanjung Pinang kami terus ke tempat makan tengahari antara menu yang jadi tumpuan adalah siput gonggong.

Setelah selesai kami terus ke dermaga untuk ke Pulau Penyengat. Setelah naik bot selama 15 minit kami telah sampai ke Pulau Penyengat. Terus ke Masjid Raya Pulau Penyengat. Masjid ini ada kisah menarik kerana ianya dibangunkan oleh sultan bersama rakyat. Disebabkan banyaknya bantuan yang dihantar kepada raja termasuklah telor sebagai sumbangan rakyat kepulauan dan kerajaan berhampiran maka masjid itu menggunakan putih telor sebagai ganti simen (kuning telor dimakan).

Apa yang janggal dan rasa kelainan adalah kumpulan kanak kanak yang mengaji dan menghafal Al Quran di wakaf dalam kawasan masjid tidak turut bersolat asar dan suara suara mereka menghafal jadi gangguan ketika jemaah sedang solat. alangkah bagusnya jika kanak- kanak itu juga turut solat bersama. Bila saya bisikkan kepada pegawai masjid mereka hanya tersenyum dan saya minta maaf jika mereka tersinggung atau melanggar kebiasaan dan adat mereka. Apabila pegawai masjid tahu saya dari Malaysia mereka terus melayan dengan baik sekali dan dengan senang hati membawa saya melawat ke dalam masjid. Larangan tidak boleh bergambar juga tidak terpakai dan pegawai masjid turut jadi jurugambar saya. 

Selepas itu kami ke makam Raja Hamidah setelah mendengar penerangan dari penjaga, kami dibawa pula ke Perigi Puteri yang airnya tetap tawar dan tidak kering walau terletak di tepi pantai, airnya dimaklumkan dengan nilai PH tinggi baik untuk kesihatan, ramailah yang ambil air buat minum. Selepas dibawa membeli belah kami melawat ke resort mewah di Lagoi, selepas itu melawat makam Hang Nadim iaitu anak angkat yang juga menantu Hang Tuah, Hang Nadim adalah anak Hang Jebat bersama Dang wangi.

Kubur Hang Nadim dan Raja Ali Haji

Di Pulau Bintang satu tempat tarikan baru telah muncul iaitu Gurun Sahara dan Tasik Biru. Mulanya saya sangkakan biasa biasa saja tapi selepas masuk ke kawasan itu barulah saya faham kenapa ia kelihatan cantik dan jadi tempat wajib untuk berfoto jika ke pulau Bintan.

Blue Lake / Gurun Sahara

Selepas 2 hari di Pulau Bintan, kami menaiki bot laju ke Pulau Batam oleh kerana bot ini menyeberang ke Pulau Bintan dari jeti yang paling hampit ia mengambil masa selama 15 minit sahaja.

Pulau Batam adalah Pulau yang dibangunkan pada zaman moden kerana itu ia banyak bercirikan zaman moden dengan Mall, tempat beli belah dan bangunan serta jambatan baru.

Jambatan Barelang

Berada di sini aktiviti utama adalah membeli belah. Di sini saya agak hairan apa sebenarnya yang dikatakan murah, walaupun matawang Ringgi lebih tinggi berbanding Rupiah tapi bila dibuat kiraan harga barangan masih setara dengan di Malaysia dan tidak perlulah memikirkan untuk menghabiskan belanja di Batam.

Tugu hadapan Bandara Hang Nadim

Setelah 2 hari berada di Batam kami pulang menggunakan penerbangan Batik Air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim



Jumaat, 25 April 2025

Bali

Pada mulanya nak ke Maldives, tapi bila tengok tiket Batik Air ke Bali lebih ekonomi.


Di bali kami menginap di Nipuri Spa & Resort, Seminyak selama 5 malam. Sengaja cari yang ada kolam.. saya suka berendam dan menyelam. huhuu.


Keesokannya saya sewa motor skuter untuk jalan- jalan. 



Bawa motor kat sini seperti kota- kota yang sibuk di Indonesia. rasanya macam bergadai nyawa pulak.. macet dan masyaAllah terlalu banyak kenderaan dan motosikal terutama waktu puncak iaitu sebelum masuk pejabat dan waktu pulang kerja. Huhh berpeluh nak sampai..

Untuk beli belah saya cadangkan lupakan tempat lain. Carilah barang barang dan cenderahati di tanah Lot, lebih murah dan banyak pilihan serta kawasan jualan yang luas.



Isnin, 7 April 2025

KUCHING - SINGKAWANG - PONTIANAK

Trip ini adalah trip berkumpulan iaitu grup Bekas Pengetua Sekolah Kelantan. Kami memberi syarat kepada pihak Tur Sina Travel agar mengambil penerbangan Kota Bharu - Kuching kerana memandangkan ahli rombongan adalah kebanyakan berusia emas, jadi kami taknak transit dan memenatkan. Itu adalah syarat dan akhirnya syarat dipersetujui. Rombongan kami seramai 23 orang. Setelah tiba di Kuching check in hotel Shagri La untuk semalaman esoknya kami akan ke Imigresen Biawak, Malaysia ke Aruk Indonesia dengan bas.

1. Kuching


2. Masjid Babul Jannah, Sambas

Hari sampai di Sambas, hujan turun tak dapat nak melawat Istana Sultan Sambas sekadar lalu di perkarangannya sahaja dan kami berhenti solat di masjid Sambas yang cantik dan megah.



3. Kerajinan Tenun, Sambas



4. Restoran Lanting Bedar, Sambas.

 Lanting bermakna sampan, semua lauk pauk dalam lanting


5. Mempawan

Berhenti minum kopi di Mempawam... nampak tak gambar di signboard tepi jalan, itulah Raja Mempawam ke 13.. kerana bersama membentuk Indonesia Syarikat, kuasa eksekutifnya sebagai raja tiada lagi.. demi kelangsungan kena masuk pilihanraya untuk menjadi Bupati.



6. Pasar Singkawang





7. Odon odong Singkawang

    Juga diberi jolokan kota toleransi kerana masyarakat berbilang kaum dan agama hidup bertoleransi        dan harmoni.




8. Gerbang Singkawang- Pontianak


9. Titik 0 Khatulistiwa

Alhamdulillah sampai di titik nol garisan Khatulistiwa... di sini jam 5:30 sudah gelap.. semua dapat sijil daripada Wali Kota Pontianak.


10. Menyusuri sungai Kapuas

   Makan malam dan menyusuri sungai Kapuas dengan feri



11. Ayam bambu

 Dalam perjalanan balik ke Sarawak kami melalui imigresen Entikong - Tebedu. Dalam perjalanan kami menikmati ayam bambu.




Ahad, 6 April 2025

Manila

Sudah lama berkira kira hendak ke Manila, Alhamdulillah akhirnya sampai ke Manila, saya menginap di sebuah hotel di daerah kewangan Makati. Kami berdua menggunakan grab untuk ke tempat tempat lawatan, antaranya :

1. Rizal Park 

Taman ini sangatlah luas, pelbagai arca dan kisah perjuangan Dr Jose Rizal diabadikan di taman ini.



2. Intramuros

Dikenali sebagai "Bandar Bertembok", Intramuros dibina oleh orang Sepanyol pada abad ke-16.Di sini, anda boleh merasai suasana Manila pada masa lalu melalui jalan-jalan berbatu, dikelilingi oleh bangunan purba yang megah. Di kawasan ini kita akan melihat banyak pengajian tinggi dengan anak anak muda ada di mana mana, kawasan ini juga terdapat-

  • Kubu Santiago: Sebuah kubu bersejarah yang merupakan saksi bisu kepada perjuangan rakyat Filipina.
  • Gereja St. Augustine: Gereja tertua di Filipina disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
  • Casa Manila: Muzium ini menempatkan paparan gaya hidup keluarga Filipina yang kaya pada abad ke-19.

3. Muzium Presiden Marcos

Saya kira ini adalah muzium khas presiden Marcos Jr. Menyatakan perihal perjalanan politik dan pemerintahannya sebelum dan semasa berada di Istana Malacanyang



4. Golden Mosque

Jika orang Islam berkunjung ke sini akan dapat melihat dan merasai betapa terpinggirnya kemudahan dan pemeliharaan tempat ibadat orang Islam di negara bukan Islam. Kemiskinan masyarakat dan pengabaian oleh pihak berkuasa dapat dirasai. Perlu dinyatakan bahawa masjid ini adalah sumbangan bekas presiden Iraq Saddam Husain.


5. Dolomite Beach

Tidak ada gambar pantai tapi menghala ke pantai itu berhampiran kedutaan USA saya jadi hero memberi bantuan kepada penunggang motosikal yang kemalangan


Tidak banyak tempat yang kami melawat, kami nak rilek rilek dan lihat keadaan sekitar tempat penginapan saja. Dan jalan kaki ke pasar pasar sambil menikmati kenderaan lejen Jeepney


Djokjakarta

Orang kata di Pulau Jawa ni tempat yang banyak benda dan lokasi untuk dilawati adalah daerah istimewa Yokyakarta atau DIY.

Yokyakarta mempunyai pemerintah sebagaimana negeri beraja di Malaysia. DIY mempunyai Sultan dan pejabat pentadbirannya sendiri dan Sultan adalah gabenor bagi wilayah tersebut.

Antara tempat yang telah saya lawati di DIY adalah :-

1. Borobudur. :- Bertiket.

Ini situs yang terpaling wajib. Kawasannya sangat luas, kena ambil masa yang lama untuk melihat dengan puas hati. Walaupun tiket masuk sudah dibayar, namun untuk naik ke puncak candi sekali lagi pengunjung dikenakan tiket. Kalau yang badan tak kuat dan malas mendaki cukup sekadar bergambar kat bawah sahaja dengan berlatarkan candi.


2. Malioboro.

Ini tempat membeli belah dan menjadi tumpuan nak lepak lepak tengok gelagat pengunjung dan persembahan jalanan kat sinilah.

 

3. Muzium kereta Kraton : Bertiket

Kalau tak mahu melawat ke Kraton utama anda akan terpegun betapa kaya dan megahnya kesultanan ini. Mereka sudah lama mempunyai kereta kuda yang mewah seperti kerajaan eropah. Ada satu kereta yang dikaikan dengan ratu selatan awas jangan ambil gambar kereta langka itu.


4. Taman Sari : Bertiket

Taman liburan dan santai santai para Sultan di zaman silam. Permaisuri dan gundik gundik akan mandi disini dengan diperhatikan oleh sultan. Perlu diingatkan kebiasaanya anda akan diiringi oleh seorang penunjuk arah yang juga akan meminta anda membeli barangan yang diusahakan oleh pekerja Kraton, kalau tak berminat pandai pandailah tolak dengan bersopan.



5. Lereng Gunung Merapi : Tiket Jip

Video ini sudah digabungkan bersama jip di gumuk pasir. Anda akan lihat juga kesan malapetaka yang ditinggalkan oleh larva gunung Merapi.


6. Hutan Pinus

Hutan pokok pain, yang cintakan alam hijau bolehlah memilih hutan ini untuk berkarya.



7. Tebing Breksi : Bertiket

Bekas lombong yang diusahakan dan diukir batu batunya untuk dijadikan tempat pelancongan. Satu yang menarik di sini adalah bergambar dengan burung hantu.



8. HeHa. Bertiket

Sesuai untuk anak anak yang nak naik belon udara boleh datang ke sini. Yang lain tiu biasa biasa sahaja.



9. Gumuk Pasir : Tiket Jip

Tujuan ke sini adalah untuk menikmati pantai dan gumuk pasir dengan menggunakan jip. Berbaloi kerana jarak dan masa yang panjang berada disini. Jipnya boleh cuba pandu sendiri bergantung kepada pemilik Jip. 


10. Mbah Gito

Ini adalah tempat makan yang menyediakan deretan lauk pauk tradisional Djokja.. Cubalah makan tengahhari di sini. 


11. Little Tokyo : Bertiket dan ada kupon diskaun.

Disini adalah sebuah hotel ala Jepun dan sebuah kedai cenderahati negara Jepun. Dah tak tau nak ke mana mana boleh singgah sekejap di sini.