


Di tepi wadi terdapat perkuburan sementara belakang masjid ini terdapat bukit yang mempunyai kisah tentang serangan dan tempat persembunyian berkaitan kes pergolakan dan penangkapan juga pembunuhan sejumlah orang Islam di era Thaksin Shinawatra.


Selepas itu kami ke patung naga yang mana mengikut lagenda dulunya ada naga yang menghalang air masin masuk ke tasik dan menjadikan air tasik tetap tawar boleh diminum itu kepercayaan dan munasabahlah patung naga ini dipuja oleh sebilangan orang tempatan.
Makan tengah hari yang mengenyangkan tapi saya sedar sebenarnya makanan disini sebenarnya boleh menyebabkan kita rasa harganya juga tidaklah murah sangat tetapi boleh menjadi lebih mahal daripada kedai makan di Kelantan.
Kali kedua berada di Pantai Samila mengingatkan kali pertama saya sampai ke sini untuk peggambaran filem tahun 1995 dan melihat patung Duyung Emas yang dibina tahun 1966 ini saya ringkaskan coretan ini..
Dulu aku ke Pantai Simla ini..
Terpaut dan terpegum dengan simpuhmu..
Lalu aku memelukmu dengan erat..
Waktu itu aku tiada sesiapa..
Kini aku datang lagi ke daerah indah ini..
Engkau masih di situ.. tetap cantik.
Sendirian menyisir rambut di batu hitam..
Masih muda terus menawan hati..
Si Duyung emas yang rupawan ..
Aku kini semakin berusia..
Sudah pun mempunyai keluarga..
Maafkan aku..
Kerana pelukanku tidak semesra dulu..
Lalu aku memelukmu dengan erat..
Waktu itu aku tiada sesiapa..
Kini aku datang lagi ke daerah indah ini..
Engkau masih di situ.. tetap cantik.
Sendirian menyisir rambut di batu hitam..
Masih muda terus menawan hati..
Si Duyung emas yang rupawan ..
Aku kini semakin berusia..
Sudah pun mempunyai keluarga..
Maafkan aku..
Kerana pelukanku tidak semesra dulu..
Kami berhenti solat di masjid kormpleks Islam Songkla, masjid tiga tingkat ini siap dengan dewan perkahwinan dan pejabat- pejabat pegawai agama. Masjid ini kalau tak salah ia dibuat berdasarkan rekabentuk Taj Mahal dan landskap kolam yang luas di depannya lebih mengiyakan telahan saya.
Perjalanan pulang kami singgah di Pasar Terapung, apa yang membuat saya sangat tertarik di pasar bersebelahan wat Buddha ini adalah hampir kesemua penjual mereka adalah orang Islam dan hampir semua pengunjungnya pula adalah orang Malaysia. Flood Markeet malahan juga Kota HatNyai beranilah saya katakan bahawa orang Islam menguasai ekonomi.
Walaupun kedai terapungnya tidaklah terlalu besar tetapi keunikan terutama air dalam buluh dan kuih muih pelbagai menjadikan ia terus mampu menarik pengunjung setiap masa dan konsep ini ditiru pula oleh sekelompok peniaga di Tumpat dan Pengkalan Datu, Telahan saya sekiranya tidak ada tarikan tersendiri mungkin peniruan itu tidak akan berjaya.

Keesokannya sebelum pulang kami dibawa ke pasar yang menjual pelbagai barangan tetapi yang terkenal adalah bijirin terutama kekacang dan biji jagus. Sebagai ole ole pengunjung ke Hatnyai. epan hotel juga ada jualan buah- buahan yang sampai waktunya dijual sangat murah.. sebakul mangga hanya TB100 atau lebih kurang RM12
Perjalanan pulang baru saya sedari bahawa kualiti jalanraya mereka tidaklah sebaik mana kerana hampir sepanjang jalan van kami terhentak hentak dan kepala terhangguk hangguk. jalanraya tidaklah rata sangat biarpun sesetengah tempat nampak lebih berkualiti daripada jalanraya Malaysia.