Sudah lama tak balik ke kampung keluarga sebelah emak, bagi saya inilah tempat yang paling unik di Kelantan dalam pertuturan harian, tempat ini seingat saya adalah satu mukim yang mempunyai bahasa percakapan yang bukan bahasa Kelantan tetapi bahasa Pahang lama, sekarang ni sangat sukar nak mendengar bahasa yang gemalai itu lagi, mungkin generasi selepas ini akan hilang terus bahasa Kampung Pemberian, catatan saya yang lain berkaitan ingatan kepada kampung ini adalah di Kisah Arowana
Selepas banjir paling besar dalam sejarah Kelantan melanda hampir keseluruhan daerah yang mempunyai jaringan dengan sungai Kelantan pada disember 2014 yang lalu. Selepas banjir itu saya menyedari air sungai Kelantan telah menjadi jernih tambahan pula di musim kemarau ini. Selepas menyaksikan kesan banjir dan melihat beberapa buah rumah termasuk rumah saudara mara hanya tinggal tapak, saya berjalan ke tepi sungai yang kini alirannya tenang.

Selepas memandang ke bawah dari tebing yang tinggi, saya terpandang tempat di mana suatu ketika dulu saya mandi disana, mencuci pakaian bersama mak mak saudara, melihat bot membawa pelajar sekolah dan melihat ikan berenang di dasar sungai.
Walaupun saya masih tidak berpuas hati dengan kejernihan yang saya pasti tidak lagi sejernih seperti dulu yang mana airnya boleh melihat ke dasar biarpun kedalamannya melepasi paras kepala. Untuk puluhan tahun.. hari ini saya menjunam ke dalam sungai.. lepaskan rindu dan kepuasan untuk nikmati semula kesegaran air sungai Lebir..