clixsense

Ahad, 14 Disember 2014

Persahabatan..



Catatan ini adalah tentang perjalanan pendek ke lembah kelang untuk bertemu dengan rakan sekolah yang entah bila kali terakhir kami bersua, yang pasti mungkin bila umur mendaki 40an perasaan ingin bertemu rakan sekolah terasa membuak- buak, harapan itu sudah dirasai berbulan bulan yang lalu, dan semakin hari harapan pertemuan semakin bersinar dengan adanya usaha rakan- rakan yang mempertemukan di alam media sosial Facebook dan juga sistem mesej whatsapp, kesyukuran atas teknologi ini walaupun ianya dibangunkan oleh pihak yang kita tidak sukai.. apa yang baik kita manfaatkan.

Jejak mula mula berada di KL adalah berjumpa Tan Li Khan yang selama ini saya pernah tujukan lagu untuknya di Youtube Gadisku Tan Li Khan lama kami berbual- bual ditempat kerjanya di bilik bedah utama HKL, disitu luahan rasa yang selama ini terpendam kami kongsikan bersama,

Hari seterusnya pencarian bersama Ilias, sahabat yang mula- mula sekali ditemui sejak perpisahan zaman sekolah, Ilias rakan yang tidak banyak kerenah, sentiasa ada bila diperlukan, sifat setiakawan dapat dilihat zaman sekolah lagi. Saya bertemu Nida dan Poken dalam perjalanan ke rumah Roslina di Nilai. Roslina yang dulunya saya gambarkan seorang kawan yang riang dan nakal kini sudah berubah menjadi seorang suri rumah yang santun dan begitu pandai memasak dengan masakan yang kontemporari, kami makan dengan berselera di rumahnya, sebagai seorang yang pernah menjadi penghias kulit depan majalah remaja Roslina masih cantik dan tutur kata yang tetap menarik perhatian.


Sebelah malam pula saya bersama Ilias dan isteri serta anaknya ke Selayang untuk bertemu pula Tan Li Khin yang juga seorang rakan yang selalu saya nak sangat berjumpa, entah mengapa teh-o di rumahnya terasa berbeza kesedapannya, wahh kena dengan lidah dan aroma yang terkesan, Li Khin masih petah seperti dulu, tahu menjahit dengan beberapa buah mesin jahit di ruang tamu, oh rakan ini sudah ada kerja sampingan selain sebagai jururawat di hospital Selayang. Satu kesan yang masih dirasai bila terpandang wajah Li Khin adalah kenangan kunjungan pertama ke rumahnya sewaktu sambutan Tahun Baru Cina di rumahnya di Kg Bekelam waktu saya dalam tingkatan empat pada tahun 1990.

Bila balik ke Kelantan saya juga bertemu rakan di sekolah rendah yang kebetulan dapat minum bersama, rakan- rakan inilah sebenarnya yang menjadi team kami di zaman sekolah rendah dulu, kami mempunyai banyak perkongsian pengalaman sebelum masing- masing membawa hala tersendiri. Syed, khamrul, Chia juga kamarulzaman dan Jaizaiman sudah berjaya dalam bidang masing masing sudah tentunya Ir Khamrul adalah salah seorang kebangaan kami dengan pencapaian akademiknya walaupun begitu budaya glokalnya membuat kami hormati rakan ini.

Pertemuan demi pertemuan lagi adalah di rumah Azliwati, sementara menikmati mee kari pertemuan kami bertambah meriah dengan adanya Syidah yang kelakar dan keemak emakan, seorang yang dikatakan juga pandai dalam selok belok memasak dia tidak lupa membawa kek pisang untuk Lina dan masfuzah serta saya rasainya sepanjang berada di rumah Azliwati hari itu.... 
Rakan- rakan Insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi.







Sabtu, 1 Februari 2014

Jakarta

Keberangkatan ke Jakarta bukanlah untuk makan angin tapi atas jemputan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur dengan kerjasama Yellow Bee Sdn Bhd (Malaysia) dan PT Lebah Kuning (Indonesia). Pelaburan ini tidak saya lepaskan memandangkan prospek perkembangan dan peluangnya amat besar dan terjamin. Walaupun saya bukanlah pelabur yang besar tetapi saya bersyukur kerana dapat menjadi ikan bilis dikalangan jerung.. Insyallah sisa jerung akan sampai kepada ikan bilis, dan jika ini berterusan ikan bilis akan bersama jerung untuk menikmati peluang dan rezeki yang julung kali dibuka kepada pelabur Malaysia yang menjadi pihak eklusif dan banyak kelebihan berbanding pihak di Indonesia sendiri.
12 Januari 2014 seramai 16 orang rombongan dari Semenanjung dan 4 orang dari Sabah selamat sampai dan menginap di Hotel Amaris, mangga Dua Jakarta. Selepas makan malam kami masuk kebilik yang dikongsi dua orang sebilik.
Hari ke 2 kami di bawa ke pejabat PT Lebah Kuning di tingkat 45 menara AXA, menara ini dikawal rapi. kami mesti menyerahkan pasport dan mendapatkan kad kebenaran terlebih dahulu sebelum masuk ke lif yang telah diprogram ke tingkat masing- masing, bermakna kami terus ke tingkat yang ditentukan.

Di tingkat ini pemandangan kota metropolitan Jakarta dapat dilihat. Setelah diberi taklimat dan bersama CEO PT Lebah Kuning iaitu Ibu Risti Yuni Lestari yang juga ahli politik dan tersenarai di tangga ke 4 wanita terkaya di Indonesia yang sebaris dengan Martha Tilaar. Usahawan dan politikus muda ini begitu menarik dan mesra dengan sambutan "welcome to my country... macet... banyak manusia... dsbnya" yang paling mencuit hati kami adalah bila beliau mengatakan " Disini semua ada daripada sejadah hinggalah haram jadah" semua tertawa. Lebih meyakinkan bila beliau menyatakan kesukaran untuk memecahkan monopoli perniagaan oleh keluarga- keluarga tertentu terutamanya dalam kerajaan sendiri seperti 'Bakrie group' yang membolot banyak peluang di Indonesia. kami berada seharian di AXA Tower dan pulang ke Amaris hotel bila hari dah malam.

Hari ke 3 kami di bawa ke daerah Purwarkarta iaitu daerah CEO Lebah Kuning. Dalam perjalanan ke sana pemandangan sawah padi menjadi hiasan sepanjang jalan. Daerah ini di antara Jakarta dan Bandung yang mana kami difahamkan ia akan menjadi daerah perindustrian baru yang akan menjadi tumpuan karyawan. dalam perjalanan kami singgah untuk minum dan isi petrol bas. Purwarkarta yang digelar kota permata sedikit dingin daripada kota Jakarta, dalam pemerhatian itu saya perasan rupanya banyak juga pokok anggur dijadikan tanaman hiasan di depan rumah, ia membuktikan bahawa udara di sini nyaman dan agak sesuai dengan pokok tersebut.
Selepas melawat 4 lokasi terminal Pacpulsa yang terletak di empat kawasan yang berbeza keadaan dari berhampiran kilang, kawasan perumahan baru dan juga kawasan kampung, apa yang jelas semuanya berpenduduk padat. Ya kerana kepadatan penduduklah yang menjadi perhatian untuk saya mengambil peluang di sini. Peluang ini boleh juga dikongsi bersama rakan- rakan yang berminat sebagaimana penerangannya di sini .Kami makan tengahari dengan soto bersama nasi, ada juga kerepek dan belinjau sedap.. Pada malamnya pula kai dibawa ke restoran makanan Padang, macam- macam ada tapi yang mencuit hati saya adalah bila selesai makan untuk naik bas rupanya di sebelah restoran kami ada lagi kedai yang istimewa yang tentunya tidak dijumpai di Malaysia iaitu gerai yang menyediakan makanan gila.
Hari terakhir kami di bawa ke pusat membeli belah Tanah Abang, amat besar dengan 6 buah gedung dan saya jangka ia adalah 8 tingkat setiap satunya... kebanyakannya pakaian, rambang mata dan syurga tekstil terutama untuk orang perempuan. Dalam keseronokan membeli belah saya hanya jalan- jalan melihat gelagak manusia. Aktiviti jualan dan memikul guni- guni berisi pakaian amat ketara, dalam perebutan mencari rezeki setiap ruang bagaikan begitu berharga hinggakan ruang yang sempit pun boleh dijadikan kedai makan walaupun hanya duduk bertenggek sahaja. Selesai aktiviti membeli belah kami ke lapangan Terbang Sukarno- Hatta, tak perlu komen banyak tentang tempat ini cukuplah dikatakan sudah terlalu tua dan uzur benar lapangan terbang ini ketinggalan jauh berbanding KLIA.
Sebelum ke kaunter pelepasan sempat saya berbual dengan seorang perempuan muda dari Belanda yang saya kira masih belasan tahun umurnya, dia dengan mesra dan gembira mengatakan Indonesia adalah bagai rumah keduanya, ia ke Indonesia kerana mengelakkan musim sejuk di negaranya, dah dua bulan dia di Indon, dia begitu menyukai Indonesia.

















































































Rabu, 1 Januari 2014

Kelantan

Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kepada Allah yang maha berkuasa, hanya dia yang dapat membalik hati manusia. Setelah hampir menyerah dan pasrah selepas harapan semakin pudar untuk melihat puteri kedua datang ke Kelantan akhirnya saya mendapat panggilan bahawa dia akan datang pada tanggal 26 Dis 2013. walaupun tidak begitu yakin tetapi pada tarikh tersebut terungkailah penantian 10 tahun dan leburlah kerinduan keluarga. Anak ini bersama neneknya menjejakkan kaki ke Tanah Serendah Sekebun Bunga dengan kehendak hatinya sendiri...

27 Dis 2013 Dalam perjalanan ke Pantai Irama, Bachok kami makan pagi di Tangok, selepas menikmati angin Laut Cina Selatan kami melihat pula tokong Buddha berdiri di tepi pantai Merabang dan juga Kg Balai, saya kira buat masa ini. tokong ini yang paling besar dan meriah di Kelantan dengan adanya upacara yang dihadiri oleh penganut Buddha dari seluruh pelusuk di tambah dengan monumen- monumen yang pelbagai dan unik. Mungkin inilah yang lebih menonjol dan boleh dicari oleh pelawat berbanding dengan slogan "Bachok Bandar pelancongan Islam".

28 Dis 2013 Melawat ke muzium Istiadat berhampiran Istana Balai Besar, di sini pelawat boleh melihat budaya, tamadun dan kegemilangan yang pernah dikecapi oleh kerajaan Kelantan dan yang terus kekal dan menjadi kebangaan adalah asal- usul matawang negara iaitu 'pohon pitis' dan juga adanya bank pitis yang pertama di negara kita. disini juga perlambangan ketinggian Al- Quran diterjemahkan melalui gerbangnya. Tepian sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja juga kami kunjungi.

29 Dis 2013 Selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kg Nipah, Bachok sekali lagi produk Tokong dalam posisi duduk dan tokong sedang tidur di Tumpat menjadi tarikan sesiapa yang mengunjungi negeri Serambi Mekah, lengkaplah sudah tiga tokong utama di Kelantan yang kami kunjungi selepas berada sekejap di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur di sana nasi sup berhampiran stesen bas berlatarkan kuala sungai menjadi pengalas perut.

30 Dis 2013 Kunjungan ke Rantau Panjang menjadi destinasi wajib kepada pelawat ke Kelantan, kami juga menyeberang ke pekan golok melalui perahu di pengkalan tangki air. Merasa juga memijak kaki ke negeri Siam tanpa menggunakan pasport. dalam perjalanan pulang, berhenti solat di masjid Beijing, sebuah masjid yang berseni ukir budaya cina, kagum dengan idea dan senirekanya, pun ia bukanlah memberi gambaran keagungan Islam sebaliknya ia lebih mengangkat seni bina daripada negara cina. Pada malamnya anak- anak meminta ke pasar borong Wakaf Che Yeh pula sebuah lagi produk tarikan yang mesti dilawati pada waktu malam.

31 Dis 2013 Makan tengahari di kuala Besut sambil membeli satar, otak- otak dan keropok losong, tapi kami lebih menggemari keropok lekor yang dihasilkan di Kg Pulau Belongan Bachok selain saiznya yang lebih besar ia juga lebih dipercayai dalam kelebihan adunan ikannya. Pada malam pula gerai menjual meggi ketam tersohor milik Nasmaidi Jaaih - bekas Kt pemuda UMNO Caw Hj wanik di Beris Kubur Besar menjadi tumpuan kami, berpatutan hanya rm60 untuk hidangan 3 orang makan dan umm.. sangat sedap, lokasi baru kepada mereka yang sampai ke Kelantan.


Selepas menghantar Puteri ke Airport Pengkalan Chepa, bergegas pula menghantar kakaknya ke asrama di Pasir Puteh dalam perjalanan pulang ke rumah saya terfikir uniknya negeriku, mempunyai roh Islam yang kuat tetapi tidak mampu diterjemahkan kepada bentuk yang nyata dan dapat dikongsi bersama dengan masyarakat luar dengan lebih megah lagi. Apabila sampai di rumah saya kembali berseorangan... tiada gangguan dan tiada teman. kembali menikmati ungkapan ''Sepi Itu Indah.."