31 Mei 2013:
Rentetatan daripada kekecewaan untuk berjumpa dengan Puteri ke dua di tapak parking bas berhampiran muzium negara dan planetarium negara telah menyebabkan hati kami tergerak untuk terbang ke Borneo dan mencari jawapan di tanah kelahiran dua Puteri.

Penerbangan sebelah malam jam 10.00mlm yang pada mulanya di sangka adalah jam 10.00pagi. Sampai di lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 12.30am. Terus ke kampung air mencari hotel penginapan. Semua hotel 'full house', mungkin kerana adanya acara Sabah games atau SAGA dan juga hari terakhir perayaan Pesta Keamatan, setelah berpusing pusing jalan kaki menyorong beg, kami berkeliling bandar pula dengan teksi, Alhamdulillah akhirnya satu bilik yang hanya tinggal bilik 3 single bed didapati di 'Tang Dynasty'.
1 Jun 2013 :
Tiada harapan yang tinggi untuk bertemu dengan cinta hati. jam 7.00pagi ke stesen Keretapi di Tanjung Aru. Sebuah stesen yang saya kira menjadi tumpuan ramai kerana 3 gerabak penuh sampai ke Beoufort. Satu perkembangan yang baik sekiranya kemudahan ini terus ditingkat dan koc nya ditambah lagi... berhawa dingin dan boleh tahan.
Berkeliling pekan Beoufort dan termenung di stesen membuatkan saya membuka laptop.. tap, tap tap. gatal tangan akhirnya gambar dalam kamera terpadam.. huaa nyesalnya, habis gambar yang diambil hari ni dan kelmarin.
Kereta api akan bergerak menggunakan jentera lama, tiada penghawa dingin, ramai penumpang bersunggut dan tak kurang juga yang mengatakan ini adalah kali terakhir naik keretapi.. panas, sendat macam sardin, dan bising sekali... klasik dan menghilangkan keindahan menyusuri sungai Padas.. barangkali ini yang perlu ditangani oleh pihak pengurusan Keretapi Borneo Utara.. mereka punya tarikan tersendiri tetapi servis dan keselesaan pengguna langsung tidak mengikut peredaran semasa.
Menggunakan teksi ke tempat dituju.. saya masih ingat benar lokasi tetapi saya risau jika simpang ke kg Kitong terlepas. Saya mengingatkan pemandu teksi yang berkebetulan ada rakan di kampung tersebut... masih ada trade mark kampung itu. Rantai besar kuari ACB menjadi penanda di tepi jalan.

2 Jun 2013 :

3 Jun 2013 :

5 Jun 2013:
Pagi ini akan menyaksikan perpisahan keluarga, sesi bergambar berlaku di terminal 1. Sungguh kalaulah mengikut hati sudah tentu mahu sahaja di bawa sekali Puteri ke dua tetapi apakan daya.. timbang rasa dan sifat belas kasihan tetap menjadi panduan. Tetapi saya punya harapan selepas ini anak ini mesti besama kami di Semenanjung belajar dan menjadi dewasa di depan mataku pula... semoga hasrat ini tercapai. Harapan dan cita- cita membawa cinta ini hingga tiba ke pengkalan chepa jam 5.00ptg setelah flight delay (sebagaimana Air asia).

Anak- anak ku.. Baba sentiasa mendoakan penyatuan dan kejayaan hidup kalian..
Baba tidak akan dapat lelap sekiranya lalai menyelami dan memikul amanah daripada Allah swt...
Baba tidak akan dapat lelap sekiranya lalai menyelami dan memikul amanah daripada Allah swt...