clixsense

Jumaat, 6 September 2013

BALIK KAMPUNG, BACHOK... : Di mana nak tidurr..

Bila tiba musim cuti persekolahan.. itulah juga musim nikah kahwin dan kenduri kendara. Bagi yang tinggal di bandar atau pinggir bandar, mungkin mereka mempunyai pilihan untuk mencari penginapan tetapi sekiranya tempat yang ingin berbesan itu berada di perkampungan, tempat menginap akan menjadi satu perkara yang memerlukan keselesaan. mereka yang punya saudara- mara boleh menumpang untuk sehari dua tetapi macam mana jika memerlukan privasi dan karenah anak- anak jadi runggutan tuan rumah... kita cadangkan tempat ini sila Klik lokasi Google map ini
Seri Pengkalan Homestay


Mereka boleh menginap di sini sekiranya ada percutian dan urusan di Kota Bharu, Kubang Kerian atau Bachok.

Sekiranya anda menginap di sini anda boleh ke Tok Bali, melihat dan membeli hasil tangkapan laut yang sangat murah dan segar di jeti pendaratan ikan LKIM yang beroperasi waktu pagi sehingga jam 11.00 pagi atau pekan Jelawat yang meriah di pagi jumaat, malahan boleh menjadi tempat penginapan bagi yang ingin menziarahi keluarga pelajar di UMK kampus Bachok juga tidaklah jauh dengan kampus Taman Bendahara Pengkalan Chepa, USM kubang Kerian, SM Teknik Bachok, IKTBN Tangok, Pondok Moden Kandis, ataupun menjengah mereka yang ditempatkan di pusat pemulihan Perempuan di Telong. dari Seri Pengkalan Homestay juga tidak menjadi masalah sekiranya berhajat ke Pengkalan Kubur atau Rantau Panjang yang mengambil masa tidak lebih 1 jam berkereta.

Antara tempat menjamu selera yang dikenali ramai berhampiran Seri Pengkalan Homestay adalah;

1). Meggi ketam yang tersohor di tepi jambatan Kampung Hj Wanik ia dekat sahaja tidak sampai 1 km
2). Meggi tiram Pok Weil serta menu berasakan tiram di Kampung Kemayang yang jaraknya 1.5km. 3). Steamboat dan pelbagai makanan di pantai Nami, Senok yang hanya dikenakan bayaran RM20 sekepala anda boleh makan sampai kenyang.
4). Restoran Rooftop Kampung Sungai iaitu kampung berjiran dengan Seri Pengkalan Homestay yang hanya 0.3 km sahaja. 
5). Restoran Singgah Rasa yang 150 meter sahaja, diharap bersabar jika masakan mengambil masa sedikit jika pelanggan ramai tetapi kalau anda berperut kecil siaplah untuk bungkus separuh kerana  makanan penuh pinggan seperti untuk hidangan 2 orang (Operasi ditutup bermula Ogos 2021)
6). Nasi kerabu viral di tepi jambatan dekat dengan lorong ke homestay, kedai ini beroperasi bermula 4.00petang hingga 7.00malam
7). Chicken chop yang dimasak oleh tukang masak berpengalaman memasak di atas kapal ia terletak di Kampung Badak, 2km dari sini, jika anda makan chicken / lamb chop disini dijamin ia adalah yang paling terbaik, segar dengan daging ayam yang besar dan harganya Rm8 bagi chicken chop

Tapi itu semuaa kedai dan restoran yang beroperasi waktu petang dan malam.. pagi dan tengahari di mana.. pergilah ke;

1). Kedai makan Mok Yoh Pok kob di Kampung Kubang golok yang terletak lebih kurang 1 km
2). Kedai Pohon Terajang, Tangok 2 km dari Seri Pengkalan Homestay
Kedua dua kedai makan ini ada menyediakan gulai serati dan ayam kampung yang enak.



Penginapan di sini juga sangat dekat dengan Pantai Irama (1km), Wat Phothikyan Phutthaktham / kaw pelancongan Bachok (1 km), Pantai Nami Senok (2.5km) Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa (10km) dan Bandar Kota Bharu (12km).

Papan tanda ke lokasi Seri Pengkalan Homstay berada di tepi jambatan Pengkalan Baru - kampung Sungai

 
Parking dan laman yang luas

Selamat Datang..

Gambar hadapan

Gambar sisi rumah

Tangga depan dan pintu masuk 

Ruang menonton.. lebih 100 saluran antarabangsa

Ruang makan

Bilik mandi & bilik termenung

Bilik Mawar

Bilik Melor

Ruang tambahan Melati, boleh dijadikan tempat tidur sekiranya perlu

 Dapur lengkap dengan alatan memasak, peti ais dan mesin basuh

 Ada yang nak rasa mandi perigi pun boleh


 Beranda sisi dapur

Lokasi Seri Pengkalan Homestay juga dikenali sebagai perkampungan Melayu dengan pemandangan sawah padi, sungai dan kebun.. Di kampung ini terdapat tempat pembuatan atap bata Sengora ia satu satunya yang ada di Malaysia.. bolehlah melawat perusahaan bata tradisional ini

 



Di kampung ini juga menjadi pilihan para photografi mengabadikan gambar kahwin dan momen indah. Jurugambar yang diiktiraf antarabangsa Dallah Deen Photography yang rumah keluarganya setentang dengan Homestay. Gambar yang di ambilnya ini juga di sekitar lokasi berhampiran Seri Pengkalan Homestay, sekiranya berminat untuk dapatkan perkhidmatan jurugambar tersohor ini bolehlah maklumkan sekali kalau bernasib baik adalah rezeki berposing.. 


Sekiranya ada berhasrat silalah datang terus ke Seri Pengkalan Lot 2667 Kampung Pengkalan Baru, Bachok Kelantan atau boleh Whatsapp / sms  ke 0139118351 / 0139555055 / 01135263081 untuk harga RM180 sehari.



SELAMAT BERCUTI...



Selasa, 11 Jun 2013

Sabah : Diari menjejak Puteri..

31 Mei 2013:
Rentetatan daripada kekecewaan untuk berjumpa dengan Puteri ke dua di tapak parking bas berhampiran muzium negara dan planetarium negara telah menyebabkan hati kami tergerak untuk terbang ke Borneo dan mencari jawapan di tanah kelahiran dua Puteri.
Rasa terpedaya kerana seharian menunggu benar- benar membuat kami berazam akan menjejak sambil makan angin di negeri bawah bayu. Kali ini kami mula boikot Air Asia atas kebiadapan pengurusan mereka dalam menangani sentiviti bangsa. Kami telah memilih MAS yang juga tidak kalah dengan kempen tambang murah penerbangan mereka. 
Penerbangan sebelah malam jam 10.00mlm yang pada mulanya di sangka adalah jam 10.00pagi. Sampai di lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 12.30am. Terus ke kampung air mencari hotel penginapan. Semua hotel 'full house', mungkin kerana adanya acara Sabah games atau SAGA dan juga hari terakhir perayaan Pesta Keamatan, setelah berpusing pusing jalan kaki menyorong beg, kami berkeliling bandar pula dengan teksi, Alhamdulillah akhirnya satu bilik yang hanya tinggal bilik 3 single bed didapati di 'Tang Dynasty'.
1 Jun 2013 : 
Tiada harapan yang tinggi untuk bertemu dengan cinta hati. jam 7.00pagi ke stesen Keretapi di Tanjung Aru. Sebuah stesen yang saya kira menjadi tumpuan ramai kerana 3 gerabak penuh sampai ke Beoufort. Satu perkembangan yang baik sekiranya kemudahan ini terus ditingkat dan koc nya ditambah lagi... berhawa dingin dan boleh tahan.
Alamak terkeliru lagi.. sampai di stesen Beoufort jam 10.30pg kami difahamkan keretapi ke Tenom akan berangkat jam 1.30tgh hari, haru.. buang masa dan sungguh mengecewakan bagi penumpang atau pelancong yang berhasrat untuk bergerak cepat ke Tenom.
Berkeliling pekan Beoufort dan termenung di stesen membuatkan saya membuka laptop.. tap, tap tap. gatal tangan akhirnya gambar dalam kamera terpadam.. huaa nyesalnya, habis gambar yang diambil hari ni dan kelmarin.
Kereta api akan bergerak menggunakan jentera lama, tiada penghawa dingin, ramai penumpang bersunggut dan tak kurang juga yang mengatakan ini adalah kali terakhir naik keretapi.. panas, sendat macam sardin, dan bising sekali... klasik dan menghilangkan keindahan menyusuri sungai Padas.. barangkali ini yang perlu ditangani oleh pihak pengurusan Keretapi Borneo Utara.. mereka punya tarikan tersendiri tetapi servis dan keselesaan pengguna langsung tidak mengikut peredaran semasa.
Jam 4.00 petang tiba di stesen terakhir Keretapi Sabah.. terdetik dalam hati alangkah bagusnya jika landasan ke Melalap di buka semula setelah berpuluh tahun tidak digunakan atas alasan kurang sambutan. barangkali itu dulu.. tetapi kini ia sangat mendapat tempat apalagi jika keselesaan ditingkatkan dan hasrat pembina landasan iaitu seorang warga Australia yang bercadang meneruskan landasan ke Keningau sepatutnya diteruskan. ia amat baik untuk Industri Pelancongan dan kemudahan penduduk setempat, sekiranya pihak berkenaan membaca tulisan ini, anggaplah ia adalah cadangan yang menguntungkan semua dan ia adalah keretapi tunggal di pulau Borneo. 
Menggunakan teksi ke tempat dituju.. saya masih ingat benar lokasi tetapi saya risau jika simpang ke kg Kitong terlepas. Saya mengingatkan pemandu teksi yang berkebetulan ada rakan di kampung tersebut... masih ada trade mark kampung itu. Rantai besar kuari ACB menjadi penanda di tepi jalan.
5.00ptg kami sampai.. debaran dan kerinduan selama 10 tahun menyelubungi sanak saudara, segala rahsia terbongkar, Puteri kerinduan ada disini.. Syukur ke hadrat Ilahi, kami disambut mesra.. tiada dendam atau kemarahan, anak- anak di kampung ini telah besar dan ada yang sudah berkahwin.. keluarga bertambah besar, rumah kediaman sudah berubah.. Puteriku telah besar tidak seperti gambaran setiap hari dibenakku.. Baba datang bersama kakak... semua telah berubah cuma keramahan dan kebaikan orang di sini tetap sama, mereka menghargai kedatangan kami.
8.00mlm masih sebati dengan kebudayaan ada sambutan harijadi dan sedikit kemeriahan sambutan pesta menuai, anak anak disolek dan berpakaian cantik. Ikatan kekeluargaan mereka cukup saya kagumi walaupun berbeza kefahaman agama dan politik tetapi mereka tetap utuh sebagai komuniti 1 Malaysia.
2 Jun 2013 : 
Cabaran telah terungkai.. kami bermalam bersama di rumah nenek yang juga didiami bapa saudara  sekeluarga. Ikhlas dari hati mereka sejak anak saya ada mereka tidak pernah membawa pulang makanan tidak halal.. ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Ramsy Humprey kerana memahami sensitiviti agama kami. Kami tidak kekok berkongsi cerita dan susah senang kehidupan.
3 Jun 2013 :
Keriangan anak- anak dapat bersama semula cukup mengharukan perasaan seorang bapa. Puteri kedua yang selama ini hidup bagai anak yatim sudah mula menemui kegembiraan. dua puteri tidak dapat berpisah, semua mahu dikongsi bersama dari pemakanan, berpakaian dan minat mereka.. alangkah gembiranya. melihat bagaikan kembar hidup bersama,
Pekan Keningau, restoran.. perkampungan menjadikan kasih sayang antara saudara amat bermakna dan sesiapa sahaja akan memburunya walaupun ke hujung dunia.. disini juga saya bertemu rakan sekolah yang telah lama bertugas.. wahh dah punya bisnes sendiri, humm rata- ratanya rakan saya berjaya dalam hidup dan punya keluarga yang harmoni.
4 Jun 2013 :
Hari ini kami kena ke KK kerana besok pagi penerbangan jam 8.00 kena bermalam di hotel. kemesraan dua puteri nampaknya masih berterusan apabila datuk saudaranya sudi turun untuk membeli kelengkapan sekolah tingkatan enam anaknya, mereka dengan kereta sementara nenek, saya, dua anak dan Melonna naik bas Tung Ma menuju Kimanis.. laluan baru, dulunya melalui Tambunan. Hati berbaur antara sayu, gembira dan harapan..
Di KK anak- anak riang di Centre Point, beli cenderamata di Pasar Filipina, makan sate dan bersiar- siar di pasar malam. Malam terakhir itu, anak- anak ku tidur lewat.. berbagai cerita dibualkan, pesan memesan antara mereka amat terkesan di hati bagi sesiapa yang memahaminya.
5 Jun 2013:
Pagi ini akan menyaksikan perpisahan keluarga, sesi bergambar berlaku di terminal 1. Sungguh kalaulah mengikut hati sudah tentu mahu sahaja di bawa sekali Puteri ke dua tetapi apakan daya.. timbang rasa dan sifat belas kasihan tetap menjadi panduan. Tetapi saya punya harapan selepas ini anak ini mesti besama kami di Semenanjung belajar dan menjadi dewasa di depan mataku pula... semoga hasrat ini tercapai. Harapan dan cita- cita membawa cinta ini hingga tiba ke pengkalan chepa jam 5.00ptg setelah flight delay (sebagaimana Air asia).



Anak- anak ku.. Baba sentiasa mendoakan penyatuan dan kejayaan hidup kalian..
Baba tidak akan dapat lelap sekiranya lalai menyelami dan memikul amanah daripada Allah swt...